Pertandingan “Typing Challenge”

23 Julai 2018 | Aktiviti Terkini

22 Julai Lepas, PI telah melaksanakan pertandingan menaip pantas untuk Ahli berdaftar Pusat Internet Kg Bubul Lama. Pertandingan dijalankan terbahagi kepada dua kategori peringkat umur. Ahli yang berumur 7 hingga 9 tahun dinilai menggunakan “online typing test”. Manakala peserta berumur 10 hingga 12 tahun bertanding menaip surat rasmi menggunakan format yang betul.

Pertandingan ini dijalankan untuk melihat hasil pembelajaran kelas ICT yang telah dijalankan pada hujung minggu di PI. Aktiviti ini diharapkan dapat membantu pelajar menguasai penggunaan Komputer dengan cepat dan menjadikan mereka celik it dengan ilmu yang telah diberikan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali