Movie Reflection

15 September 2018 | Aktiviti Terkini

Sebagai usaha untuk menanamkan semangat kemerdekaan ke dalam diri generasi Gen Z, kami di Pusat Internet telah menayangkan filem Leftenan Adnan. Filem sejarah ini menceritakan bagaimana susahnya Leftenan Adnan dan tentera terdahulu dalam usaha untuk memerdekakan Tanah Melayu.

Selepas daripada tayangan filem, adik-adik yang menonton di minta untuk memberikan serba sedikit pengajaran yang mereka dapat daripada filem tersebut. Ini juga sebagai usaha agar mereka berani untuk melontarkan idea dan untuk membuka minda mereka agar tidak hanya menonton sesuatu tetapi mengambil ikhtibar daripada filem tersebut.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali